CONTOH Projek Pertanian Bandar

Projek ini hendaklah dimulakan dengan LAKARAN BERMAKLUMAT.

Lakaran bermaklumat ini akan membantu murid-murid menjalankan projek dengan teratur dan tidak tertinggal sebarang bahan dan langkah yang penting.


Pasu mini edibel ini terbahagi kepada dua bahagian:

(1) menampung medium penanaman (iaitu gambut kelapa) dan tanaman di dalamnya.

(2) menakung larutan nutrien.

Bolehkah murid-murid tentukan fungsi kain?

Kain mestilah terendam dalam larutan nutrien.

Kain berupaya menyalirkan air dari takungan larutan nutrien ke dalam gambut kelapa.

Apakah fungsi surat khabar? Apakah perbezaan keadaan takungan apabila tidak dibalut surat khabar dengan keadaan apabila dibalut oleh surat khabar?

Surat khabar berfungsi melindungi takungan daripada cahaya matahari berlebihan.

Ini dapat mengelakkan lumut daripada tumbuh dalam takungan nutrien itu.

Adakah cara lain yang dapat kita rancangkan untuk menggantikan fungsi surat khabar?


Langkah kedua ialah menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan seperti yang telah dirancang dalam lakaran bermaklumat:

1 botol plastik terpakai bersaiz 1.5 liter

Kain terpakai yang boleh menyerap air dengan baik

Kertas surat khabar terpakai

Penyepit baju atau klip kertas (mana-mana yang terdapat di rumah)

Gunting atau pisau pemotong (cutter)

Paku besar dan tukul

Dua bahan berikut disediakan di sekolah, oleh itu murid-murid tidak perlu dapatkan sendiri:

i-gambut kelapa

ii-larutan nutrien


Langkah seterusnya ialah membina pasu mini edibel seperti dalam lakaran bermaklumat yang telah disediakan:



Botol dipotong kepada dua bahagian.


Gunakan paku besar dan tukul untuk membuat lubang pada penutup botol. Mintalah bantuan orang yang lebih dewasa untuk membantu murid-murid memotong botol dan membuat lubang.


Potong kain terpakai sehingga boleh terendam ke dasar takungan, kemudian masukkan sebahagian hujungnya ke dalam lubang yang telah dibuat pada penutup botol.


Sambungkankan kedua-dua bahagian yang telah dipotong seperti dalam lakaran bermaklumat. Pastikan bahagian sebelah atas yang digunakan untuk menampung gambut kelapa dapat ditempatkan dengan baik di atas takungan dan tidak terbalik.

Murid-murid perlu sesuaikan dengan bentuk botol yang digunakan masing-masing.


Tutupkan bahagian takung dengan surat khabar.

Mengapakah penyepit baju digunakan? Apakah faedahnya?

Penyepit baju membolehkan surat khabar dibuka untuk melihat keadaan dalam takungan.

Apakah cara lain yang dapat menggantikan fungsi surat khabar dan penyepit baju? KBAT!



Tahniah!

Pasu edibel murid-murid telah siap.

Gambut kelapa dan larutan akan dibekalkan pada sesi persekolahan.


Mengetahui lebih lanjut tentang medium penanaman dan larutan nutrien

Medium penanaman ialah bahan untuk menanam tumbuhan.

Medium penanaman dapat menjaga kelembapan dan oksigen sekitar akar tanaman.

Medium penanaman boleh terdiri daripada campuran bahan bersesuaian dengan jenis tumbuhan.

Gambut kelapa


Peat moss


Perlite


Larutan nutrien membekalkan zat untuk tanaman tumbuh dengan subur.

Tanaman yang subur dapat mengeluarkan hasil yang bermutu.

Contoh larutan nutrien


Rujukan 1

Rujukan 2


Comments